'Create

Monday, July 12, 2010

Kadar kelahiran merosot 2.2 %

12/07/2010 3:38pm

KUALA LUMPUR - Kadar kelahiran penduduk Malaysia yang menurun kepada kadar 2.2 peratus pada 2008 berbanding 2.6 peratus pada 2000 dijangka terus merosot jika faktor melengahkan perkahwinan dan sukar mengimbangi antara kerjaya dan keluarga terus berlaku.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Seai Kie berkata, bagi menyelesaikan masalah berkenaaan, individu memainkan peranan penting terutamanya dalam menyelesaikan isu melibatkan kehidupan berkeluarga.

"Keputusan adalah di peringkat individu sama ada nak kahwin atau tidak, nak melengahkan perkahwinan atau mahu berapa anak dalam keluarga,” katanya di sini hari ini.

Selain itu, katanya, kerajaan dan majikan juga perlu menyediakan sistem sokongan kepada pekerja supaya mereka dapat melaksanakan tugas dengan baik di samping dapat meluangkan masa bersama keluarga. - Bernama

petikan daripada kosmo

Monday, July 5, 2010

Jepun yang tersembunyi

Jauh di dalam hutan tebal di ketinggian 3,500 kaki di atas paras laut, sebuah taman ala Jepun dicipta khusus untuk para pencinta alam.





SPESIES tumbuhan dari Jepun hidup subur bersama pokok-pokok tropika Malaysia.



GELAGAT kumpulan ikan koi yang jinak begitu mencuit hati.



ELEMEN jambatan menjadi pelengkap landskap tipikal Jepun.



TAMAN Jepun dihubung secara langsung dengan taman botani.


KALAU merencana detik percutian hujung minggu ke Bukit Tinggi Resort, Pahang dan inginkan persinggahan yang tenang dan mendamaikan, inilah tempatnya. Taman yang direalisasi daripada ilham arkitek Jepun, Kaio Ariizumi, ini sememangnya hadiah istimewa buat mereka yang mencintai kehijauan hutan tropika tanah tinggi.

Dalam suhu dingin dan kesegaran bekalan oksigen daripada pokok-pokok hutan semula jadi, Ariizumi dan kumpulan pereka landskapnya berjaya menghidupkan penataan seni yang membangkitkan rasa damai di kalangan pengunjung.

Tidak banyak berbeza daripada elemen rias taman Negara Matahari Terbit, Japanese Village ini menyambut pengunjung dengan pintu gerbang chumon dan laluan denai yang kemas. Seni dan falsafah Jepun banyak melatari persekitaran taman, baik pada pemilihan bangku rehat, jenis tanaman hiasan hinggalah kepada reka bentuk keseluruhannya.

Perasaan dilayangkan seketika ke dalam adegan drama-drama Jepun apabila melewati deretan rumpun buluh tinggi dan juga pokok-pokok renek dan ara bonsai. Dalam pada menghargai perkampungan tersembunyi ini dengan mata, deria pendengaran juga pasti terpaut pada irama yang satu ini.

Aliran air di sungai dan riak bunyi air terjun yang menghempas ke bongkah-bongkah batu berlumut nyata menjadi tarikan istimewa! Disempurnakan pula dengan pembinaan kolam ikan yang menghimpunkan spesies koi dalam warna-warna garang.

Si comel bersisik kuning, merah, emas, dan perak itu tidak malu-malu untuk meminta makanan setiap kali ternampak kelibat manusia. Dalam leka menabur palet makanan yang dijual pada harga serendah RM5 sebungkus, takungan kolam indah dan anak sungai cetek itu seterusnya membawa pengunjung ke pusat tumpuan taman.

Apa yang dimaksudkan adalah sebuah binaan pondok teh yang turut bertindak sebagai pusat maklumat. Bagi yang tidak pernah sampai ke Jepun, inilah masanya untuk mempelajari adat bertandang ke kediaman yang bertikar tatami dan berpintu gelangsar kertas.

Sama ada mengikuti ritual tradisi meminum teh panas atau mendekati pembuatan kraf tangan negara itu, pondok tersebut memang tidak putus menerima kunjungan sepanjang waktu operasi.

Melalui risalah yang disediakan, sebuah taman Jepun perlu memiliki elemen penting seperti pulau, jambatan, pelita batu dan juga sebuah pondok teh atau pavilion. Jika elemen-elemen itu tidak dapat direka secara fizikal, ia boleh dibuat secara perlambangan.

Walaupun sudah puas berjalan dan mengenal spesies tumbuh-tumbuhan yang dilabel khas, adalah terlalu awal untuk mengucapkan sayonara. Apa kata anda kunjungi dahulu restoran Ryo Zan Tei yang menghubungkan taman itu dengan laluan ke Taman Botani.

Bagi yang mahu merasai tradisi kehidupan Jepun secara lebih intim, jangan lupa untuk merasai perkhidmatan belaian tubuh dan penginapan eksklusif di Tatami Spa dan Ume Tatami Suite yang terletak berdekatan.


PELBAGAI jenis teh dan hidangan Jepun disajikan di Restoran Ryo Zan Tei.


petikan daripada kosmo

masyaALLAH : Anak lembu berkepala dua


GAMBAR menunjukkan anak lembu berkepala dua di sebuah kampung dekat Iskandariah di Mesir kelmarin.


KAHERAH - Seorang bekas petani di utara Mesir, Sobhy el-Ganzoury menyatakan seekor lembu miliknya melahirkan anak lembu berkepala dua yang disifatkannya sebagai keajaiban Tuhan di sebuah kampung di Iskandariah.

Sobhy menyatakan kelmarin anak lembu ganjil itu mengambil masa dua jam untuk dilahirkan dan dia terpaksa membantu proses kelahiran dengan menarik haiwan tersebut keluar.

Menurutnya, proses kelahiran yang sukar itu menyebabkan kaki anak lembu tersebut lemah.

Dia berkata, seorang doktor haiwan memaklumkan kepadanya bahawa anak lembu yang lahir pada minggu lepas itu kini stabil dan dijangka dapat terus hidup.

Katanya, dia mahu memelihara haiwan itu sebagai peringatan bahawa Tuhan mampu melakukan apa sahaja.

Anak lembu berkenaan tidak dapat berdiri kerana kepalanya yang berat dan kakinya masih lemah.

Haiwan itu minum susu ibunya yang diberi dengan menggunakan botol susu bayi. - AP


petikan daripada kosmo

masyaALLAH : Gempar ikan berwajah manusia


GAMBAR (dalam bulatan) menunjukkan seekor ikan kap milik Brenda O'Sullivan yang memiliki wajah seperti manusia.


DAGENHAM - Seekor ikan peliharaan di Britain menggemparkan pemiliknya kerana memiliki wajah seperti manusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Ikan kap itu dibela seorang lelaki, Brendan O'Sullivan di sebuah kolam di rumahnya di sini. Lelaki berusia 44 tahun itu membeli ikan tersebut lima bulan lalu tetapi dia mula mengetahui ia memiliki tanda seperti mulut, hidung dan mata manusia baru-baru ini.

"Hanya pada minggu lalu ketika saya berjemur di belakang rumah saya, saya memerhati ke dalam kolam dan melihat ikan tersebut berenang ke arah saya," kata Brendan.

"Saya kemudian terkejut. Ia memiliki tanda seperti dua mata, hidung dan mulut. Pada mulanya, saya ingat saya mengalami halusinasi," tambahnya.

Ekoran keunikan itu, ikan kap milik lelaki berkenaan kini dianggarkan berharga £40,000 (RM196,067). - Agensi


petikan daripada kosmo

Sunday, July 4, 2010

Kereta konsep untuk masa depan


Kereta konsep Proton.


PELBAGAI cara telah dijalankan oleh pengeluar kereta utama negara ini untuk bersaing dan mengekalkan peratusan jualan yang tinggi pada kenderaan masing-masing.

Antara langkah yang diambil adalah memperkenalkan model baru, menambahbaik model-model sedia ada, memperkenalkan ciri-ciri baru serta menurunkan harga.

Bagaimanapun, langkah-langkah itu masih belum dapat memuaskan hati sebilangan pembeli-pembeli kereta di negara ini.

Bagi mengatasi masalah ini, kereta konsep boleh memainkan peranannya yang tersendiri dalam memajukan lagi sektor automotif di Malaysia. Kereta konsep boleh dijadikan sebagai bahan menguji reka bentuk kereta yang berpotensi untuk memenuhi selera pembeli pada masa hadapan.

Walaupun terdapat beberapa kes di mana kereta konsep ini tidak dapat dikeluarkan disebabkan beberapa faktor penghalang seperti kos dan rekaan yang tidak praktikal, namun kepentingannya kepada pengeluar kenderaan tidak boleh dipertikaikan lagi.

Ia merupakan satu medium terbaik untuk menguji tahap kemampuan sesebuah syarikat pengeluar kenderaan dalam mempertingkatkan saingan mereka di masa hadapan.

Kereta konsep, terma yang digunakan bermula 1980-an, merupakan prototaip kereta yang diperbuat daripada bahan seperti lilin, tanah liat, logam, gentian kaca atau plastik bertujuan memperaga konsep, penggayaan terbaru serta teknologi masa hadapan.

Bertepatan dengan perkataan ‘konsep’ yang begitu sinonim dengan artis dan pereka, kereta konsep boleh diibaratkan sebagai satu manifestasi seni seseorang pereka kereta dalam mengetengahkan eksplorasi idea mereka untuk dihidangkan kepada khalayak.

Lantaran itu, tidak hairanlah jika sesebuah kereta konsep yang dipamerkan lebih mementingkan kepada aspek penggayaan luaran berbanding teknologi baru.

Kereta ini biasanya akan dipertontonkan kepada umum pada pameran kereta antarabangsa yang dihadiri oleh pembeli dan peminat kereta, pengedar dan pengeluar.

Sejarah

Mengimbau sejarah automobil yang dilahirkan di Jerman pada 1886, ia lebih tertumpu kepada aspek mekanikal dan bukannya reka bentuk dan penggayaan luaran badan kereta.

Sehinggalah pada tahun 1938, Harley J. Earl, Naib Presiden Bahagian Penggayaan General Motors telah memperkenalkan kereta idaman atau kereta eksperimental yang pertama di dunia yang dinamakan Y-Job.

Dengan menawarkan pembeli dengan aspek kejuruteraan dan penggayaan terkini, rekaan ini telah mendapat sambutan yang begitu hangat sehinggakan syarikat mereka menjadi begitu popular dalam sekelip mata sahaja.

Melihat kepada senario ini, General Motors seterusnya memperkenalkan kereta konsep mereka melalui pameran bergerak yang dinamakan Motorama Shows.

Kebanyakan kereta yang diperkenalkan mereka pada masa itu berkonsepkan cantik bila dipandang, reka bentuk futuristik dan radikal, enjin yang berkuasa dan kadang-kala memperkenalkan teknologi yang kontroversial.

Antara kereta konsep yang paling unik dan radikal pernah dipamerkan ialah kereta Concept 2096 yang telah dipamerkan di Pameran Auto Britain pada tahun 1996.

Apa yang menarik, kereta yang berkonsepkan binatang air yang berkulit keras ini adalah hasil usahasama pelajar dan pensyarah daripada Conventry University, United Kingdom.

Berbalik kepada senario di Malaysia, kereta konsep sebenarnya pernah suatu ketika dahulu diperkenalkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar sekitar Oktober 1993 melalui satu pertandingan reka bentuk peringkat nasional. Tujuan utama diadakan pertandingan ini ialah untuk mencungkil kreativiti rakyat tempatan serta merangsang minda dengan idea-idea baru di bidang automotif.

Sambutan yang diterima daripada rakyat Malaysia terhadap pertandingan ini amat memberangsangkan dengan 115 penyertaan diterima.

Namun, agak malang sedikit, selepas pertandingan ini diadakan, tiada usaha-usaha berterusan daripada pengeluar kenderaan tempatan untuk menjadikan kereta konsep sebagai satu pelaburan penting dalam memenuhi selera pembeli dan sekaligus mempertingkatkan saingan mereka di pasaran masa hadapan.

Dengan jumlah pengeluaran kereta penumpang yang diramalkan akan mengalami sedikit peningkatan berbanding tahun lepas, industri automotif di Malaysia dilihat mempunyai banyak ruang untuk terus maju dan berkembang pada masa hadapan.

Memandangkan selera pembeli kereta di negara ini pada hari ini dilihat begitu mementingkan aspek penggayaan badan kereta, maka pengenalan kereta konsep diyakini dapat memenuhi keperluan itu.

Diharap dengan memperkenalkan kereta konsep ini, maka kereta yang akan dihasilkan nanti benar-benar sesuai dengan pembeli, mampu dimiliki dan memenuhi keperluan golongan sasar.

Friday, July 2, 2010

ekonomi:petronas raih untung bersih RM40.3 billion

PETRONAS raih untung bersih RM40.3 bilion
Oleh Azli Ayob
azliayob@bhaian.com.my
2010/07/02

pix_gal0
Permintaan tenaga global merosot punca hasil susut

PETRONAS meraih keuntungan bersih RM40.3 bilion dalam tahun kewangannya yang berakhir 31 Mac 2010, merosot 23.2 peratus daripada RM52.5 bilion dalam tahun kewangan sebelumnya

Keuntungan lebih rendah itu berpunca daripada kemelesetan ekonomi global yang menyebabkan berlakunya pengurangan permintaan bagi tenaga di kalangan pengguna dan industri.
Kemerosotan permintaan tenaga global yang pertama dalam tempoh 25 tahun itu menyebabkan pendapatan PETRONAS dalam tahun kewangan itu jatuh 18.1 peratus kepada RM216.4 bilion daripada RM264.2 bilion.

Dalam tahun kewangan dikaji, operasi di luar negara terus menjadi penyumbang utama pendapatan syarikat minyak negara itu, menyumbang 45.3 peratus atau RM98.1 bilion.

Operasi domestik pula menyumbang RM42.6 bilion, manakala eksport RM75.7 bilion.

Presiden dan Ketua Eksekutif PETRONAS, Datuk Shamsul Azhar Abbas, berkata pencapaian PETRONAS dalam tahun kewangan dikaji hampir sama dengan kebanyakan syarikat minyak dan gas global utama.
“Operasi perniagaan dalam tahun kewangan lalu agak sukar dan mencabar berikutan kemelesetan ekonomi yang memberi kesan kepada industri minyak dan gas,” katanya ketika membentangkan keputusan kewangan itu di Kuala Lumpur, semalam.

Shamsul Azhar berkata, harga minyak mentah yang lebih rendah turut memberi kesan kepada pendapatan Petronas.

“Dalam tahun kewangan dikaji, harga purata minyak mentah berdasarkan penanda aras harga West Texas Intermediate turun 20 peratus kepada AS$70.59, manakala harga minyak mentah Malaysia pula turun kepada AS$72.69,” katanya.

Permintaan minyak di pasaran dunia pula katanya, merosot bagi tahun kedua berturut-turut tahun lalu iaitu kepada 84.4 juta tong sehari.

Bagaimanapun, katanya, permintaan baru dari negara ekonomi sedang meningkat telah sedikit sebanyak menampung kemerosotan permintaan dari bahagian lain di dunia.

Shamsul Azhar berkata, di sebalik kemerosotan pendapatan dan keuntungan, Petronas mengekalkan pembayaran dividen kepada kerajaan sama seperti tahun lalu iaitu sebanyak RM30 bilion.

Ia merangkumi bayaran cukai sebanyak RM18.7 bilion, hasil petroleum (RM8.3 bilion) dan duti eksport (RM0.6 bilion).

Bagaimanapun, katanya, jumlah pembayaran keseluruhan kepada kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bagi tahun kewangan 2010 berkurangan sebanyak RM16.4 bilion kepada RM57.6 bilion berbanding RM74 bilion tahun sebelumnya.

“Hasil petroleum yang yang dibayar kepada kerajaan merosot sejajar kemerosotan pengeluaran domestik serta harga komoditi itu yang lebih rendah,” katanya.

Sejak beroperasi pada awal 1970-an, Petronas sudah membayar RM529 bilion kepada kerajaan dan menanggung subsidi gas berjumlah RM116 bilion

petikan daripada berita harian online

geografi:glasier indonesia diancam bahaya

GAMBAR menunjukkan sebuah helikopter sedang mendarat di glasier Gunung Puncak Jaya, Papua baru-baru ini.


JAKARTA - Saintis-saintis antarabangsa bimbang salji yang membentuk glasier di atas Gunung Puncak Jaya di pulau Papua, timur Indonesia akan hilang akibat kesan pemanasan global.

Kawasan salji seluas 4.8 kilometer meliputi puncak gunung berkenaan pada ketinggian 4,884 meter merupakan glasier terakhir di rantau Lautan Pasifik.

Kehilangan glasier itu disedari sepasukan penyelidik diketuai oleh saintis Amerika Syarikat (AS), Lonnie Thompson semasa melakukan ekspedisi ke Puncak Jaya baru-baru ini. Menurutnya, gunung berkenaan kehilangan kira-kira 80 peratus glasiernya sejak 1936 dengan dua pertiga kehilangan tersebut berlaku sejak ekspedisi saintifik terakhir ke lokasi berkenaan pada tahun 1970-an.

Kini glasier yang pernah meliputi sebahagian besar pulau Papua ribuan tahun dahulu kini cuma tinggal seluas dua kilometer persegi dan sedalam 29 meter. - AP

petikan daripada kosmo

family:my only one sister

inilah kakak sy..hehe..comel kan..ade mcm sy x??haha...kakak sy ni seorg yg happy glerr...die kelaka glerr...kakak sy ni seorg yg sgt sporting...nak ape smue die bg..mmg sporting abes la akak sy ni..die baek sgt2..walau ape dugaan dan rintangan yang dihadapinya,dia hadap kan jugak..akak sy ni same perangai mcm mak sy..tp mak sy lagi hebat laa...mak sy the superb girl laa..sy percaye,xde sape la leh lwn sifat yg mak sy ade...tp akak sy ni pon powerpuff girl jugak ni...tgk je mcmni,tp skali tornado die dtg,abes laa...haha...akak sy ni sangat2 teliti dan cekap dalam pekerjaannye...sy dgn akak mmg kamceng gler la waa ckp lu...akak sy ni pon sbgai ikon sy laa...die skang da ade masterskill...haha...x laa...master dlm pendidikan..akak juga seorg guru yang sgt berdedikasi...dlm keje die xpenah tipu..sentiase jujur...ape2 tugas yg diberi,pasti di buatnye dgn sgt sempurna...perfect laa...dah jadi mcm pengetua plak...hehe...lau budak2 gaduh pon,die jadi hero..ish3...hebat la die ni...sy dan akak ni mmg sgt2 rapat,ape2 masalah smue dikongsi bersama..walau onak duri ranjau ape bnda smue,mmg ktorg kongsi bersama...sy sgt2 menyayanginya...love.love.love.love.love my only one sister...tiade kakak lain sehebat kakak ku ini...akak sy kdg2 die tanye,kalau kak yati xde,kau nangis x..sy ckp kat die,ape yg kau merepek ni...hmm...(kalau kakak sy ni xde,mmg laa sy nangis sgt2)....ish!dah laa...jgn merepek...k.chill...

Thursday, July 1, 2010

menangani masalah ponteng sekolah

maaf kerana terlalu kecil..besar2kanla k...

kesihatan:sayur sihat!!cegah kanser sblum terlambat!!

BROKOLI
  • Brokoli dapat melindungi dari kanser usus besar dan kanser payudara. Menurut kajian, brokoli dan sayuran daun hijau lain kaya dengan serat dalam gula 'galaktosa' yang dapat membantu melindungi protein 'lectin' yang melekat pada dinding usus besar dan menyebabkan kerosakan.

TOMATO

  • Tomato dapat melindungi dari kanser dan penyakit jantung. Satu dari unsur aktif dalam tomato adalah 'phytochemical lycopene' dikatakan dapat menyekat terjadinya kanser. Menurut Jurnal Institut Kanser Nasional, orang yang banyak memakan tomato dapat menurunkan risiko berkembangnya pelbagai jenis kanser sebanyak 40%. Selain itu, tomato juga memiliki bukti cukup kuat untuk kanser prostat, paru-paru dan perut.

KUBIS

  • Kubis melindungi bahagian perut dari diserang kanser usus besar dan kanser payudara kerana kubis mengandungi 'glutamine' dan 'smethylmethionine'.

BAWANG PUTIH dan MERAH

  • Mengawal kolesterol tinggi, serangan jantung, demam, kanser dan radang. Kandungan sulfur dalam bawang putih yang diambil secara teratur dapat membantu menurunkan kolesterol dan menurunkan gumpalan darah.

LOBAK

  • Mengurangi risiko penurunan kadar penglihatan, demam dan kanser. Lobak kaya dengan beta karotena yang mampu merangsang daya tahan tubuh dan anti kanser.

LADA MERAH

  • Melindungi dari demam dan kanser. Lada merah kaya dengan vitamin C dan beta karotena yang dapat meningkatkan sistem kekebalan dan melindungi terhadap segala sesuatu dari demam hinggalah kanser.